Rabu, 5 Mac 2014

Jenis Joran Dan Kegunaannya

Joran
Bila disebut sahaja joran semua orang tahu apa kegunaannya. Dari kanak-kanak yang seusia 7 tahun sudah tahu joran digunakan untuk memancing ikan atau udang. Malahan ketika kita zaman kanak-kanak dahulu pun sudah tahu apa fungsinya bezanya semasa zaman tersebut untuk memiliki sebatang joran seperti kanak zaman sekarang memanglah amat perit..kecuali ibu bapa mereka yang berduit, Diwaktu zaman saya dahulu, untuk memancing ikan kami terpaksa mencari pokok buluh atau pokok rembia, diambil pelepah yang masih muda dipotong,dilurut ( dibersihkan ) daun atau tangkainya untuk dijadikan sebatang joran dan diikat benang atau tangsi dihujungnya dan mata kailnya diperbuat dari pin baju atau jarum peniti yang dibentukkan seperti mata kail. Berbeza dengan kanak-kanak dizaman sekarang, segala-galanya sudah tersedia didepan mata.

Terdapat beratus jenis joran yang ada dipasaran, dari yang pendek hingga yang panjang. Dari jenis yang terbaik hinggalah jenis yang biasa. Ada yang jenis hanya sebatang sahaja, ada yang bolih dipisahkan kepada 2 bahagian malahan ada yang jenis bolih dimasuk-masukkan menjadi lebih pendek seperti teleskop dan berbagai jenis lagi. Terpulang kepada anda jenis yang macam mana menjadi pilihan anda. Namun begitu, nasihat saya belilah joran mengikut jenis ikan yang anda ingin memancing atau carilah jenis joran yang bolih digunakan untuk pelbagai jenis pancingan.

Mari kita mengenali serba sedikit beberapa perkara berkaitan dengan joran. Sebelum kita membeli atau menceburi bidang memancing, kita haruslah mengetahui beberaa perkara berkaitan dengan komponen-komponen sebatang joran.

1. Bahan-bahan Asas;
Kebanyakkan joran telah diperbuat dari pada grafit, boron, kevlar dan armorid veil, ia merupakan bahan asas untuk membentuk sebatang joran dan sangat kuat tetapi rapuh. Jika joran anda terhentak dengan sesuatu benda yang keras sperti batu batang kayu ia mudah retak. Justru itu elakan dari hentakan yang kuat.

2. Tulang Belakang.
Kebanyakkan joran yang ada dipasaran mempunyai tulang belakang atau dikenali sebagai "backbone" kecuali joran untuk pancing layang ( fly rods ). Joran jenis ini diperbuat daripada buluh yang dikenali di Barat sebagai "built cane rod". Untuk mengetahui dimana kedudukan tulang belakang sebuah joran, cuba anda lenturkan sebatang joran, bila anda lenturkannya anda akan terasa bahagian yang tegap dan kuat. Itulah yang dipanggil " tulang belakang ".

3. Lenturan.
Setiap joran mempunyai profil lenturannya sendiri ( aksi ) apabila ia mengalami tekanan samaada ketuka melawan ikan atau anda melontar umpan. Terdapat 3 jenis lenturan untuk sebatang joran:


  1. Lenturan hujung ( tip action )
  2. Lenturan sederhana ( medium action )
  3. Lenturan parabolik ( parabolic action )

Lenturan hujung ( tip action ) adalah joran yang hanya melentur dibahagian atas sahaja. Bahagian yang dekat dengan tempat pemegang masih tegap dan lurus. Jenis joran ini bagus digunakan untuk melontar gewang umpan jenis keras.

Bagi anda yang mempunyai hanya satu joran untuk semua jenis pancingan, joran jenis lenturan sederhana ( medium action ) adalah bagus untuk menjadi pilhan anda. Ia dapat digunakan untuk kedua-dua aksi. Harus diingat joran ini hanya dapat memberikan aksi sederhana sahaja.

Manakala joran yang mempunyai aksi lenturan parabolik ( parabolic action ) pula, ia sangat bagus digunakan untuk melontar umpan yang lembut dan yang mudah rosak seperti umpan tepung, soya, cacing dan sebagainya. Joran ini agak lembut aksinya jadi ia tidak merosakkan umpan. tambahan jika ikan yang dipancing mempunyai mulut yang lembut dan mudah koyak, joran jenis ini amat sesuai. disamping itu menggunakan joran jenis ini memudahkan kita mengetahui jika ikan sedang memakan umpan.

Perlu diingat, jika anda menggunakan tali jenis sulam ( braided ), tali ini akan mudah putus kalau gerakan lontaran anda terlalu mengejut atau kuat. Joran jenis parabolik atau sederhana yang lebih lembut dapat mengelakkan perkaraini dari berlaku. Tetapi jika anda menggunakan joran jenis lenturan hujung ( tip action ), pastikan anda membuat lontaran dengan berhati-hati jika tidak rapala anda terbang kedalam sungai atau lombong.

Ramai pemancing kebingungan ketika membeli joran, berapa panjang joran yang sesuai digunakan untuk memancing. Kesesuaian panjang joran banyak bergantung kepada jenis ikan yang anda cari dan dimana anda ingin memancing. Disini saya berikan sedikit tip untuk memilih joran yang sesuai;
  1. Panjang joran untuk melontar umpan atau gewang tepat kesasaran seperti dibawah ranting
  2. pokok kayu atau reba.
  3. Untuk mengerakkan umpan atau gewang dengan sempurna.
  4. Untuk menyembat supaya mata kail lekat dimulut ikan.
  5. Untuk mengawal pegerakan ikan yang ingin melarikan diri dicelah-celah kayu atau reba.

Jika anda memancing di pantai, tebing penahan ombak anda disarankan memilih joran yang panjangnya antara 9 kaki hingga 13 kaki, ia dapat menolong anda mengawal pergerakan ikan. Contonya seperti;


 Tetapi sebaliknya, joran yang panjang juga akan menimbulkan masalah jika anda memancing didalam bot yang penuh dengan pemancing. Pilihlah joran antara 5 kaki 6 inci atau 6 1/2 kaki amat sesuai digunakan ketika mengawal ikan ketika ingin melepaskan diri.


Jika anda hanya mampu untuk memiliki hanya satu atau dua batang joran disarankan anda memilih joran yang panjangnya antara 5 1/2 kaki hingga 8 kaki. Sebagai panduan, berikut adalah pilihan yang sesuai untuk anda gunakan dan terpulang kepada kesesuaiannya;
  1. Joran 8 kaki, kekuatan 12 - 25 paun lenturan sederhana (medium action) sesuai untuk disungai yang besar,
  2. Joran 6 kaki kekuatn 8 - 20 paun lenturan parabolik ( parabolic action ) sesuai untuk pancingan kolam masin dan tawar seperti jenahak., siakap, merah, kerapu, tongsan, pacu, jelawat, keli afrika dan lain-lain.
  3. Joran 13 kaki kekuatan 10 - 20 paun lenturan sederhana ( medium action ) sesuai untuk pancingan pantai untuk mendapatkan lontaran yang jauh dan tepat.
  4. Joran 7 kaki, kekuatan 25 -40 paun lenturan hujung (tip acttion) sesuai untuk pancingan laut .
  5. Joran 5 1/2 kaki, kekuatan 2 -5 paun lenturan parabolik ( parabolic action ) sesuai untuk pancingan udang.
Segala tip-tip yang saya berikan mungkin tidak bersesuaian dengan selera anda terpulanglah kepada anda untuk memilihnya,itu sekadar saranan. Semuga anda semua mendapat serba sedikit pengetahuan berkaitan dengan joran dan selamat memancing. 

Di Copy/Paste Dari   http://ngailsokmo.blogspot.com/