Khamis, 14 Mac 2013
Selasa, 12 Mac 2013
Cara memilih peralatan memancing
Kebanyakkan dari kita menganggap mesin
untuk memancing itu sama sahaja kegunaannya. Seperti untuk pancingan
kolam, tasik atau sungai sama dengan pancingan dilaut. Secara logiknya
ya....bunyinya serupa iaitu memancing ikan. Tetapi sebelum anda membeli
mesin memancing, anda hendaklah fokuskan dimana anda ingin memancing.
Samaada di tepi pantai, kolam, tasik, sungai ataupun laut. Anda perlu
bijak memilih mesin pacing yang bersesuaian agar anda tidak tersalah
memilih jenis mesin pancing
Jika anda kurang arif berkaitan peralatan memancing, bertanyalah kepada rakan-rakan kaki pancing anda ataupun anda boleh mengajak rakan anda pergi bersama ketika membeli peralatan tersebut dan anda boleh juga meminta nasihat dari penjual peralatan memancing ditempat anda membelinya. Sebelum itu buatlah tinjauan harga dahulu dibeberapa buah kedai untuk mendapatkan harga mengikut budget anda.
Janganlah jika anda ingin memancing di kolam ataupun sungai tetapi anda membeli mesin pancing untuk kegunaan dilaut dalam dan sebaliknya. Kesesuaian dan ketepatan memilih itu amat penting. Jangan tersalah pilih. Dan jangan anda mejadi bahan ketawa orang lain.
Begitu juga dengan pemilihan joran, anda juga perlu bijak memilih jenis joran yang bersesuaian dengan akitiviti memancing anda. Janganlah memilih joran laut dalam tetapi hanya unuk memancing di tepi pantai atau kolam memancing. Jenis-jenis joran ada bermacam-macam jenis. Ada untuk kegunaan dilaut dalam, disungai, ditepi pantai, ada juga untuk pancingan layang, pancingan jig, pancingan udang dan bermacam-macam lagi.
Kesuaian dan ketepatan anda membeli kedua-dua peralatan itu amat penting kerana ia dapat membantu anda ketika memancing nanti. Disamping membantu anda sekurang-kurangnya 30% untuk mendapatkan hasil pancingan anda.
Jika anda hanya menumpukan akitiviti memancing ditepi pantai ataupun disungai dan kolam, ada 2 pilihan joran yang bersesuaian. Anda boleh membeli joran yang panjangnya lebih kurang 5' 5" dan 7' 6" keatas untuk pancingan ditepi pantai. Disamping itu dapatkan juga jenis joran yang beraksi sederhana. Ini untuk memudahkan anda mengendalikannya. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari penjual-penjual peralatan memancing ditempat anda membelinya nanti.

Sumber : http://jom-gi-pancing.blogspot.com
Khamis, 7 Mac 2013
TEKNIK MEMANCING
Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan
membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali
tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.
Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.
Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.
Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.
Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.
Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

TIPS MEMANCING DI KAWASAN BATU
1. Memancing di tebing berbatu adalah kawasan berpotensi menjinakkan ikan. Batu atau karang di kawasan itu menjadi kegemaran ikan berlindung dan memburu mangsa. Namun begitu, karang dan batu turut mendatangkan masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu mempunyai karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan batu karang di dasar. Antaranya:
a) Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung di bahagian bawah sekali. Jika tidak ingin kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung harus lebih kecil daripada perambut untuk mata kail. Oleh kerana ladung mencecah dasar, risiko untuk sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut, pemancing masih dapat mata kail mahupun ikan kerana tali yang lebih halus akan putus terlebih dahulu apabila tersangkut.
b) Teknik tanpa pemberat. Teknik ini lebih sesuai jika kawasan berkenaan lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan ini akan mengambil masa untuk sampai ke dasar. Ketika ia menjunam, umpan mudah menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika terdapat tanda ia disambar. Sambaran dengan teknik pancing begini biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.
c) Teknik menggunakan pelampung. Untuk teknik memancing dasar menggunakan pelampung, pemancing harus bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini, jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 1 hingga 3 kaki dari dasar maka potensi ia disambar adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut adalah tinggi.
10 Umpan Paling Popular Kaki Pancing
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Umpan ialah sesuatu yang
dilekatkan pada kail (di bubuh pada perangkap dan lain-lain) untuk
memikat atau menangkap ikan. Tidak ada masa atau penentu bilakah masanya
joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan
yang di umpan.
Lain padang lain belalangnya, kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu.. Kalau nak jerat ikan haruan tapi guna gewang macamana la cara nya plak tu kan.. tak gena gaya sungguh..!! Apa yang pasti pelbagai jenis umpan di gunakan untuk memikat ikan supaya sangkut pada kail joran..!! So nak tau Umpan mana yang menjadi feveret dalam pancingan kaki2 pancing, mari tengok ni..10 Umpan Paling Popular Kaki Pancing
Satu lagi umpan semulajadi yang akrab dengan padang pancing di
kampung-kampung terutamanya kawasan bendang. Lokasi terbaik ingin
mencarinya adalah di kawasan pokok-pokok keladi dan rumput di tepian
parit sungai atau kawasan padang ragut. Umpan ini juga dianggap salah
satu ‘set lengkap’ pembelajaran pemancing kanak-kanak sebelum dia
menginjak alam dewasa.
Ikan target: Semua jenis ikan ‘darat’ atau ikan sawah.
Cara digunakan: Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.
Umpan yang sinonim untuk pancingan kelah bersaiz besar. Paling
terbaik, cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak atau sawit yang
direndam 4-5 hari sehingga mengeluarkan aroma bau tengik. Tetapi bukan
mudah senang untuk menewaskan kelah, kerana ia perlu dirasuah (dipanggil
untuk berkumpul pada satu lokasi) terlebih dahulu di satu lokasi,
selain memancingnya dalam persekitaran yang senyap dan penuh penyamaran.
Ikan target: Kelah.
Cara digunakan: Cangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit. Pastikan mata kail dibenamkan pada bahagian ‘buntut’ sawit.
Lokasi sesuai: Sungai, hulu sungai, tasik yang bersambung dengan sungai.
Umpan tiruan paling popular masa kini & seluruh dunia dan sangat
kompleks kisahnya. Secara amnnya ia boleh di bahagi kepada dua jenis,
hard lure & soft lure. Manakala yang lain untuk laut adalah jig. Ia
adalah umpan yang hampir menyerupai bentuk ikan dan juga diet ikan yang
lain seperti belalang, cacing, cengkerik, lipan dan juga item yang akan
memperdayakan ikan seperti spoon, kekipas. Sepasang mata kail atau
tunggal yang terletak di sebalik badan gewang atau terlindung adalah
senjata untuk mengenakannya. Bentuk yang lain seperti popper pula,
digunakan sebagai medium untuk membangkitkan rasa ingin tahu ikan
menerusi bunyi, kocakan air yang dihasilkan, mengejutkan dan juga
menimbulkan rasa amarah ikan terhadap objek yang menganggunya.
Ikan target: Semua ikan jenis pemangsa.
Cara digunakan: Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing.
Lokasi sesuai: Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia kaedah ini boleh digunakan.
Umpan terbaik cara tradisional untuk menangkap spesies kepala ular.
Ikan target: Haruan, bujuk, toman bunga.
Cara digunakan: Cangkukkan mata pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip untuk mengepit mulut katak. Gunakan klib tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut. Cara permainan sama ada baling tarik atau mengunjunnya di celahan pokok.
Lokasi sesuai: Celah rumpaiar, tali air bendang, paya.
Merupakan salah satu Umpan terbaik cara tradisional..
Umpan paling famous selain anak ikan belanak jika memancing di kolam
air masin. Ia juga dianggap umpan favourite bagi semua jenis ikan.
Spesies demersal di laut juga tidak sesekali akan menolak jika terjumpa
umpan ini. Udang sungai gantung pula sesuai umpan untuk menaikkan apa
sahaja ikan yang yang mendiami lokasi berkenaan, khususnya sungai
pergunungan dan juga tasik. Cuma mata kail perlu di cangkuk dengan
betul, kerana udang mudah mati dan mudah hancur digetu oleh spesies
pengacau seperti ketam atau buntal.
Ikan target: Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar).
Cara digunakan: Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing . pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan.
Lokasi sesuai: Kolam air masin, muara, laut, sungai.
Umpan ini adalah umpan dominan untuk spesies yang tinggl di habitat
berlumpur dan kawasan muara. Di negara ini, terdapat tiga jenis
umpunumpun yang dikenalpasti iaitu umpun-umpun pasir, jangkau dan merah.
Ikan target: Seperti sembilang, gelama dan juga udang galah.
Cara digunakan: Cangkukkan sahaja pada mata kail. Sama seperti menggunakan cacing. Untuk
umpun-umpun sarang, ia harus di potong bermula dari bahagian ekor, kerana ia mampu hidup tahan lama, asalkan lumpurnya lembab. Jika pancingan muara atau pantai, bergantung kepada pasang surut air dan tidak ada masa tertentu jika anda berhasrat menggunakannya untu memancing udang galah.
Lokasi sesuai: Muara, sungai, kolam udang.
Umpan ini adalah terbaik untuk menjerat puyu, tanyalah orang tua di
ceruk mana sekalipun, memang telur kerengga adalah umpan legend untuk
menjinakkan ikan yang memiliki ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan.
Ikan target: Puyu, sepat, haruan.
Cara digunakan: Telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar. Ada juga yang merebusnya. Untuk memancing, cangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing, pasti pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama. Andai mahu lebih feeling, boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.
Umpan ini lebih kurang sama sahaja seperti umpan belalang. Bezanya ia
begitu mudah diperolehi di kedai-kedai akuarium dan murah sahaja
harganya.
Ikan target: Cangkukkan pada mata kail. Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak. Cuma untuk memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau.
Dianggap umpan paling universal bagi semua jenis ikan air tawar. Ikan
yang mendiami kawasan sawah padi, sungai seperti puyu, keli, haruan,
tengas, lampam, sia, terbul, susur batang tidak akan menolak jika cacing
digunakan sebagai umpan.
Ikan target: Hampir semua jenis ikan Cara digunakan: Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bila bila masa.
Lokasi sesuai: Parit, sungai, terusan sawah padi.
Lain padang lain belalangnya, kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu.. Kalau nak jerat ikan haruan tapi guna gewang macamana la cara nya plak tu kan.. tak gena gaya sungguh..!! Apa yang pasti pelbagai jenis umpan di gunakan untuk memikat ikan supaya sangkut pada kail joran..!! So nak tau Umpan mana yang menjadi feveret dalam pancingan kaki2 pancing, mari tengok ni..10 Umpan Paling Popular Kaki Pancing
10 – Belalang
Ikan target: Semua jenis ikan ‘darat’ atau ikan sawah.
Cara digunakan: Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.
9 – Biji Kelapa Sawit
Ikan target: Kelah.
Cara digunakan: Cangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit. Pastikan mata kail dibenamkan pada bahagian ‘buntut’ sawit.
Lokasi sesuai: Sungai, hulu sungai, tasik yang bersambung dengan sungai.
8 – Gewang
Ikan target: Semua ikan jenis pemangsa.
Cara digunakan: Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing.
Lokasi sesuai: Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia kaedah ini boleh digunakan.
7 – Katak
Ikan target: Haruan, bujuk, toman bunga.
Cara digunakan: Cangkukkan mata pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip untuk mengepit mulut katak. Gunakan klib tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut. Cara permainan sama ada baling tarik atau mengunjunnya di celahan pokok.
Lokasi sesuai: Celah rumpaiar, tali air bendang, paya.
6 – Sotong
5 – Udang
Ikan target: Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar).
Cara digunakan: Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing . pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan.
Lokasi sesuai: Kolam air masin, muara, laut, sungai.
4 – Umpun Umpun
Ikan target: Seperti sembilang, gelama dan juga udang galah.
Cara digunakan: Cangkukkan sahaja pada mata kail. Sama seperti menggunakan cacing. Untuk
umpun-umpun sarang, ia harus di potong bermula dari bahagian ekor, kerana ia mampu hidup tahan lama, asalkan lumpurnya lembab. Jika pancingan muara atau pantai, bergantung kepada pasang surut air dan tidak ada masa tertentu jika anda berhasrat menggunakannya untu memancing udang galah.
Lokasi sesuai: Muara, sungai, kolam udang.
3 – Telur Kerengga
Ikan target: Puyu, sepat, haruan.
Cara digunakan: Telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar. Ada juga yang merebusnya. Untuk memancing, cangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing, pasti pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama. Andai mahu lebih feeling, boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.
2 – Cengkerik
Ikan target: Cangkukkan pada mata kail. Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak. Cuma untuk memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau.
1 – Cacing
Ikan target: Hampir semua jenis ikan Cara digunakan: Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bila bila masa.
Lokasi sesuai: Parit, sungai, terusan sawah padi.
Langgan:
Catatan (Atom)