Lain padang lain belalangnya, kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu.. Kalau nak jerat ikan haruan tapi guna gewang macamana la cara nya plak tu kan.. tak gena gaya sungguh..!! Apa yang pasti pelbagai jenis umpan di gunakan untuk memikat ikan supaya sangkut pada kail joran..!! So nak tau Umpan mana yang menjadi feveret dalam pancingan kaki2 pancing, mari tengok ni..10 Umpan Paling Popular Kaki Pancing
10 – Belalang
Ikan target: Semua jenis ikan ‘darat’ atau ikan sawah.
Cara digunakan: Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.
9 – Biji Kelapa Sawit
Ikan target: Kelah.
Cara digunakan: Cangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit. Pastikan mata kail dibenamkan pada bahagian ‘buntut’ sawit.
Lokasi sesuai: Sungai, hulu sungai, tasik yang bersambung dengan sungai.
8 – Gewang
Ikan target: Semua ikan jenis pemangsa.
Cara digunakan: Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing.
Lokasi sesuai: Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia kaedah ini boleh digunakan.
7 – Katak
Ikan target: Haruan, bujuk, toman bunga.
Cara digunakan: Cangkukkan mata pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip untuk mengepit mulut katak. Gunakan klib tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut. Cara permainan sama ada baling tarik atau mengunjunnya di celahan pokok.
Lokasi sesuai: Celah rumpaiar, tali air bendang, paya.
6 – Sotong
5 – Udang
Ikan target: Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar).
Cara digunakan: Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing . pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan.
Lokasi sesuai: Kolam air masin, muara, laut, sungai.
4 – Umpun Umpun
Ikan target: Seperti sembilang, gelama dan juga udang galah.
Cara digunakan: Cangkukkan sahaja pada mata kail. Sama seperti menggunakan cacing. Untuk
umpun-umpun sarang, ia harus di potong bermula dari bahagian ekor, kerana ia mampu hidup tahan lama, asalkan lumpurnya lembab. Jika pancingan muara atau pantai, bergantung kepada pasang surut air dan tidak ada masa tertentu jika anda berhasrat menggunakannya untu memancing udang galah.
Lokasi sesuai: Muara, sungai, kolam udang.
3 – Telur Kerengga
Ikan target: Puyu, sepat, haruan.
Cara digunakan: Telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar. Ada juga yang merebusnya. Untuk memancing, cangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing, pasti pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama. Andai mahu lebih feeling, boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.
2 – Cengkerik
Ikan target: Cangkukkan pada mata kail. Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak. Cuma untuk memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau.
1 – Cacing
Ikan target: Hampir semua jenis ikan Cara digunakan: Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bila bila masa.
Lokasi sesuai: Parit, sungai, terusan sawah padi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan