Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan
membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali
tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan
jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu
(spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses
mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan
terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.
Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah
penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan
‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi
‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya
popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu
mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik
perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini
boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.
Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan
umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada
kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat
dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing
perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi
efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan
kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika
proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh
dilakukan sama ada siang dan malam.
Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik
memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu
dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar.
Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan
semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.
Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu
dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon
sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan
berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.
Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini
pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung
kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang
tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular
dilakukan siang hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan